MINGGU 5

Situasi 1
Kawanku budak TESL.

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya belajar sebelum cuti pertengahan semester bermula. Tiket balik kampung dah beli dah.....hehehhehe :)
Hujung minggu macam ni, kolej Za'ba sentiasa sunyi. Saya tak tahu ke mana semua penghuni kolej pergi. Setahu saya, hari ini ada satu program di Masjid KSAS dan Hari Keluarga Perbayu di padang UPSI.


Petang tadi, saya ada perjumpaan dengan beberapa orang kawan. Semua kawan saya tu pelajar TESL. Saya seorang sahaja pelajar AT05. Apa yang saya ingin katakan di sini adalah tentang penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penutur yang berbangsa Melayu. Kawan saya tadi, apabila dia bercakap dengan kawannya yang lain, dia menggunakan panggilan "I" dan "You". Pelajar TESL memang macam ni ke? Kalau bukan bangsa Melayu saya tidak kisah sangat. Kadang-kadang tu apabila mereka bertemu sesama mereka, mereka akan bercakap dalam bahasa Inggeris. Mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi di luar kelas? Jadi, apa yang saya nampak, bahasa Melayu itu sudah jauh ditinggalkan oleh penutur berbangsa Melayu sendiri. Tidak bermakna apabila kita mengambil program TESL sebagai major, kita mesti sentiasa menggunakan bahasa Inggeris. Sepatutnya kita mengaplikasikan dasar MBMMBI....Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Situasi 2
Bahasa slanga di kelas sosio.


Hari ini hari Rabu, seperti biasa jam 8-10 pagi saya ada kelas sosiolinguistik di kampus lama. Hari ni saya belajar tentang neka bahasa. Neka bahasa terbahagi kepada dua iaitu bahasa inklusif dan bahasa ekslusif. Bahasa ekslusif pula terbahagi kepada 5 dan salah satu daripadanya ialah bahasa slanga. Bahasa slanga ialah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan sifatnya cepat berubah. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan muda seperti pelajar universiti. Saya sendiri pun jarang-jarang mendengar bahasa slanga ini. Ada sesetengah perkataan yang saya tidak tahu contohnya choi (sial) dan bingai (degil). Perkataan ini dikeluarkan oleh akak dan abang semester 8 dalam kelas tu. Maknanya mereka pernah mendengar dan mungkin pernah menggunakan perkataan ini dalam komunikasi. Bagi saya, dua perkataan ini agak kasar bunyinya. Mungkin sebab itulah saya jarang mendengarnya. Kali pertama saya dengar dalam kelas tu la. Selain dua perkataan ini, ada lagi perkataan-perkataan lain yang digunakan dalam komunikasi golongan muda. Mungkin pada hari-hari akan datang akan ada banyak lagi perkataan baharu.


Situasi 3
Saya tidak tahu.


Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Dah bersiap untuk balik kampung? Hehehehe.... Untung la kepada sesiapa yang bertolak balik ke kampung. Berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai di destinasi masing-masing. Di kelas 2P hari ni, pensyarah telah memanggil dua orang pelajar untuk ujian lisan. Dan kedua-duanya bercerita mengenai bidang perniagaan. Saya rasa bersemangat nak ceburi bidang ini setelah mendengar kata-kata mereka. Saya berhajat nak sambung perniagaan mak dan abah. Saya rasa pensyarah saya pun minat berniaga sebab dia sendiri memotivasikan kami supaya berniaga. Sebenarnya bukan ini yang saya nak kongsi hari ini. Siapa tahu kertas sebak tu apa? Saya tidak tahu.....alamak malu nya. Dah la saya ni pelajar AT05 tapi tidak tahu kertas sebak tu apa. Pensyarah saya la ni sebut perkataan ini...siap minta kami cari kat google lagi. Kan dah kena! Kertas sebak tu kertas mahjong la. Yang berwarna putih dan besar tu. Yang selalu kita gunakan untuk pembentangan zaman kita sekolah dulu. Pensyarah saya cakap, zaman sekarang ni kita tak perlu guna kertas sebak tu lagi sebab kita sudah dilengkapi dengan ICT. Pmebentangan pun dah guna projektor dan LCD. Jadi, kita sepatutnya menggunakan kemudahan ICT yang ada pada zaman teknologi ini. Kertas sebak tu kita boleh guna untuk buat kerja lain. Pelajar AT05 kena tahu ye apa kertas sebak ni..:)




Situasi 4
Telinga keling????

Telinga keling??? Apa tu?? Agak terkejut apabila saya mendengar perkataan ini buat kali pertama. Lepas makan tengah hari bersama teman-teman serumah, kami berbual-bual sekejap. Saya tak banyak cakap pun, hanya mendengar sahaja apa yang mereka bualkan. Kami berbual tentang kuih. Tiba-tiba, saya terdengar perkataan "telinga keling" dari mulut teman saya tu.

Ida: Semalam ak makan kuih telinga keling. Keras betul.
Saya: Hah?? Gapo?
Ida: Hang tak kenal ke kuih tu?
Saya: Aku tak pernah dengar pun, macam mana nak kenal. Kuih gapo tuh?
Dee: Ni...ye macam kuih peneram la.
Saya: Oooooo.....


Ida ni orang Penang. Mungkin kat sana panggil kuih telinga keling kot. Nanti balik Kelantan, saya nak beli kuih telinga keling kat pasar. Kalau saya cakap macam ni mesti mak cik yang jual tu pening. Hahahaha...


Situasi 5
Keluarga RSK saya!!


Saya sayang keluarga RSK saya. Walaupun pada asalnya kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain tapi kami sudah seperti satu keluarga. Apabila terserempak di simpang jalan, mesti bertegur-sapa, mesti senyum. Oh ya! RSK tu ialah Rakan Suai Kenal UPSI. Kami ni akan menolong pihak universiti mengendalikan Program Orientasi Pelajar baharu. Seronok sangat sertai program macam ni. Walaupun terpaksa datang awal dua minggu sebelum semester baru bermula tapi apa yang kami dapat tu sangat berharga. Selain dapat pengalaman, kami juga membina sebuah keluarga baharu di sini. 

Semalam pihak HEP mengadakan Malam Penghargaan untuk RSK Ambilan Februari 2012/2013. Kami buat BBQ dan makan-makan. Memang seronok sangat. Kami datang dari pelbagai negeri. Bahasa dan loghat pun pebagai. Semasa saya tengah makan, ada kawan saya namanya si A minta ambilkan dia ayam bakar. Dia sebut la "aye" dalam dialek Kelantan sebab dia memang orang Kelantan. Lepas tu, ada kawan dari Kedah ni, dia salah faham. Dia ingatkan si A nak air sebabnya bunyi hampir sama..."aye" dengan "ayaq". Hehehehe...Jadi, kawan ni pun ambil la air dan bagi kat si A. Kecoh apabila semua orang ketawa. Kesian kawan tu. Hehehe.. Semalam ialah hari yang gembira bagi kami selepas Program Orientasi Pelajar bulan Februari yang lalu. Saya berharap dapat bersama mereka lagi untuk ambilan akan datang. Kalau ada orang baharu mungkin kami akan bina satu lagi keluarga baharu. Jadi, akan ada lagi kawan-kawan dari pelbagai negeri. :) Jumpa lagi!!! Saya dah nak balik kampung!! Bye asalamualaikum....









No comments:

Post a Comment