MINGGU 2

Situasi 1
Jakun oh Jakun!



Beberapa hari yang lepas, saya berbual-bual dengan teman serumah saya di dalam sebuah kereta. Masa tu kami menghala ke Kuala Kubu Bharu. Semasa kami berbual-bual, dia beritahu yang saya ni jakun. Apakah yang dimaksudkan dengan jakun ni? Yang saya pernah dengar "jakun" ialah ketua bagi kaum orang asli. Teman serumah saya tu pun menjelaskan bahawa jakun ni macam tak biasa dengan sesuatu benda, ibarat rusa masuk kampung. Saya ketawa apabila mendengarnya sebab saya dikatakan jakun. Jakun ni bahasa orang Pahang. Teman serumah saya tu orang Pahang. Jadi, kesimpulannya, kita kena tahu juga bahasa negeri lain. Kita kan hidup dalam 1 Malaysia, berkawan dengan ramai orang dari pelbagai negeri. Jadi, belajarlah bahasa negeri lain. Seronok tau. :)

Situasi 2
Awak kelas ke??



Gambar di atas ialah gambar kelas. Semua tahu kan?? Hehehehe.... Pada jam 3.40 petang, saya berada di dalam sebuah bas untuk ke kampus. Kemudian, datang seorang wanita yang saya kenali duduk di sebelah saya. Saya tegur dia "Ada kelas kelas?". Dia cakap tidak ada. Lepas tu, kami buat kerja masing-masing. Saya perhatikan dia. Saya tengok dia sedang melipat-lipat kertas dan saya pula, menulis cerita saya pada hari tu. Tidak lama kemudian, dia tanya saya "Awak kelas ke?". Alamak!!! Kenapa dia tanya soalan macam tu? Dia tak nampak ke yang saya ni manusia, orang yang bercakap dengan dia. Saya rasa pada masa tu saya nak jawab "saya bukan kelas, saya manusia.". Hehehehe...tapi saya tak jawab macam tu sebab saya faham apa maksud dia. Sebenarnya dia pun nak tanya saya ada kelas ke tidak. Ayat dia je lain daripada saya. Jadi, kita kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan oleh kawan kita tu. Jangan main jawab je nanti dia tersinggung pula. 


Situasi 3
Selamat berkenalan awak :)


Saya baru berkenalan dengan seseorang. Dia seorang yang sangat baik dan banyak cakap juga. Sebenarnya saya berkenalan dengan dia secara tidak sengaja. Mula-mula kami berjumpa dia perhentian bas KAB. Kami sama-sama menunggu bas untuk ke kampus baru. Pemandu bas masih tak buka pintu bas setelah lama kami menunggu. Nampak macam tak nak bagi kami masuk je. Lepas tu, kami buat keputusan nak berjalan kaki ke sana. Dia pun nak ikut sekali sebab hanya kami berdua je yang nak ke kampus baru pada masa tu. Dalam perjalanan ke sana, kami sempat berkenalan. Dia beritahu yang dia pindah KAB sebab dia anggota Palapes. Semua anggota Palapes tinggal kat KAB sekarang ni. Sampai di Blok 2, kami pun berpisah. Yela, haluan kami tidak sama. Lepas berpisah tu, baru saya teringat yang kami sama-sama lupa nak tanya nama. Jadi, saya tak tahu nama dia dan dia tak tahu nama saya. Lucu pula apabila teringat kisah ni. Mesti semua orang fikir yang kawan baru saya ni lelaki. Sebenarnya dia seorang wanita la. Jadi, pada hari ini saya dah tambah kenalan saya. Kita ni hidup dalam satu masyarakat. Jadi, carilah kawan banyak-banyak. Wujudkan persaudaraan dengan semua orang dan eratkan hubungan baik sesama kita.



Situasi 4
Dilarang mengubah susunatur perabot



Gambar ni saya tangkap di Bangunan E-Learning aras 5. Masa tu, saya ada program fasilitator kat sana. Sekarang ni saya kena simpan kamera dalam beg saya, memudahkan saya untuk buat tugasan sosiolinguistik sebenarnya. Lagipun, saya memang suka tangkap gambar. Boleh tak awak semua tengok apa masalah yang terdapat dalam ayat ni?
"Dilarang mengubah susunatur perabot."

Betul ke susunatur dieja macam ni? Nak kata salah taip, semua yang ditampal di aras 5 dieja begini. Jadi, takkan lah salap taip. "Susunatur" dieja rapat ke? Bagi saya, "susun atur" dieja jarak. "Susun atur" ialah kata kerja. Apabila kata kerja menerima imbuhan apitan barulah ia dieja rapat. Kita seharusnya mengambil kira aspek tatabahasa terutamanya apabila kita nak semua orang tengok apa kita tulis (kadang-kadang pelajar bahasa ni sensitif...hehehee) jika ia berbentuk formal. Kalau tulis diari ada ke orang ambil kira aspek tatabahasa??


Situasi 5
Keluarga KeFB ku!





Hari Ahad yang lepas (17/03/2013), saya menyertai satu program anjuran Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) iaitu TOT (Training Of Trainer). Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dalam menghadapi persekitaran sekolah apabila kita bergelar guru kelak. Kami melakukan pelbagai aktivit dan latihan dalam kumpulan (LDK) sepanjang hari itu. Ada antara kami berucap di hadapan. Majlis ini tidak formal. Jadi, pakaian dan ayat-ayat serta bahasa yang digunakan juga tidak formal. Contohnya, ada seseorang menyebut "kefamilian". Bunyinya macam dia nak sebut perkataan Inggeris "familiar". Sebenarnya apa yang ingin dinyatakan oleh dia ialah kekeluargaan. Dia nak cakap "family" dan dia cuba letakkan imbuhan apitan ke-an pada perkataan tersebut. "Family" ialah perkataan dalam bahasa Inggeris, jadi kita tidak boleh sesuka hati meletakkan atau menambah imbuhan bahasa Melayu pada perkataan itu.


No comments:

Post a Comment