MINGGU 4

Situasi 1
Hujung minggu ku!!!



Hari minggu di negeri Perak ialah hari Sabtu dan Ahad. Sepatutnya pada hari minggu iniah kita merehatkan badan dan minda kita setelah penat berfungsi untuk lima hari yang lalu. Tapi, tidak bagi saya. Pada hari Sabtu saya masih ada kelas sampai mak saya tanya kenapa hari Sabtu ada kelas. Dan hari Ahad pula saya ada program yang terpaksa saya sertai. Program pada hari Ahad yang lalu (24/3) dianjurkan oleh Kelab Fasilitator Bitara UPSI iaitu Bengkel Pengurusan dan Protokol. Bengkel ini dihadiri oleh beberapa ornag penceramah. Apa yang saya dapati pada hari ini ialah kata-kata yang diujarkan oleh penceramah itu sendiri mengandungi kesalahan bahasa. Pemceramah tersebut sering meletakkan imbuhan Bahasa Melayu kepada perkataan Bahasa Inggeris. Beliau ada menyebut "nak tally kan" dan "hold kan VIP" dan banyak lagi. 

Penggunaan bahasa seperti ini sudah terbiasa dalam kalangan masyarakat kita malahan pemceramah sendiri menggunakannya. Sekiranya kira berada di tempat penceramah tersebut, kita sepatutnya menggunakan bahasa yang formal iaitu Bahasa Melayu sebab kadang-kadang kita tidak tahu bahawa kesalahan bahasa yang kita gunakan itu dapat ditanggapi oleh khalayak.


Situasi 2
Cikgu oh cikgu!


Kursus Pengurusan Pembelajaran diwujudkan bertujuan untuk melatih pelajar di UPSI menjadi seorang guru yang berkaliber. Kursus ini ialah kursus wajib universiti yang mesti diikuti oleh semua pelajar. Kursus ini mengajar kami dalam persediaan untuk ke alam persekolahan iaitu sebagai guru. Hari ini pensyarah meminta kami bercakap di hadapan dan melontarkan sesuatu idea, isu, pendapat atau pengalaman kita. Seorang kawan saya dipanggil tetapi dia masih belum bersedia. Walaubagaimanapun, pensyarah tetap memintanya berbicara tentang sesuatu. Jadi, dia pun menceritakan tentang pengalaman dia sebagai seorang guru di sebuah tadika. Dia memberitahu bahawa subjek yang dia ajar masa tu adalah Bahasa Inggeris. Di sinilah terdapatnya kesalahan bahasa. Pelajar major Bahasa Melayu dalam kelas tu dah mula bising dah "salah tu"....hehehehehe...

Masih lagi terdapat kesalahan kata pemeri. Seperti yang saya bagitahu sebelum ini, kata pemeri "adalah" digunakan di hadapan kata selain kata nama. Lega juga giliran saya untuk ke hadapan bukan hari ni sebab saya pun belum bersedia...hehe


Situasi 3
Abang pemandu bas lagi :)


Hari ini saya balik seorang diri dari kampus baru. Saya ditinggalkan oleh kawan saya sebab dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Sambil menuggu bas, saya menolong kawan saya menyelesaikan kerjanya. Lepas bas tiba di perhentian, saya seorang sahaja yang naik bas tu. Lepas tu saya tegur abang pemandu tu dengan niat nak bergurau dan bertegur-sapa.

Saya: Abang datang ambil saya seorang je ke?
Pemandu bas: Ya, abang datang khas untuk ambil awak je.

Saya ketawa mendengarnya. Dalam perjalanan balik ke KAB, abang tu tanya saya asal dari mana, ambil jurusan apa dan lain-lain. Dan saya tanya dia balik, dia asal dari mana, dah lama ke jadi pemandu bas. Abang tu pun cerita la. Dia berasal dari Kedah...kira abang tu pemandu bas import la. Dia beritahu lagi, semua pemandu bas yang diimport ni, yang datang dari jauh ni ditempatkan di satu kawasan. Maknanya mereka tinggal di satu tempat khusus di Kota Malim Prima. Saya puji cara Kiffah Travel melayan pekerja-pekerjanya. Sangat baik!! Lepas tu abang tu cakap dalam dialek Kelantan. Perkataan yang dia sebut adalah "kecek" dan "oyak".

"Kecek" atau "oyak" ni bermaksud sebut atau cakap dalam Bahasa Melayu. Apa yang saya dapat pada hari ini adalah tidak kira di mana jua kita berada amalan bertegur-sapa itu harus diamalkan. Yang tidak kenal, kita berkenal-kenalan. Yang sudah kenal, kita erat-eratkan. Dan satu lagi adalah tentang panggilan sapaan. Macam saya, saya panggil pemandu tu "abang" dan saya membahasakan diri saya dengan kata ganti nama diri saya. Pemandu tu juga memanggil saya dengan kata ganti nama diri awak ketika berbual. Itu juga menunjukkan bahawa pemandu itu seorang yang berbudi bahasa. Apabila saya nak turun dari bas, dia sempat mengucapkan selamat berkenalan. :)




Situasi 4
Secebis kata untukmu.....



Selepas sesi penggambaran untuk tugasan berkumpulan sosiolinguistik, saya ikut kawan saya ke Blok B KZ. Saya berhenti sekejap di bahagian memo blok untuk mencari cerita saya untuk dimuatkan dalam blog sosio minggu ini. Dan akhirnya jumpa! Hari ini saya dapat cerita tentang kesalahan ejaan. Mari kita tengok gambar di bawah...



Cuba perhati ayat ini...

"......maafkan kami jugak anda menguris hati akak,......."

Ayat ini ditulis oleh pelajar tapi masih ada kesalahan ejaan. Perkataan pertama ialah "jugak". Dalam bahasa Melayu perkataan "jugak" tidak wujud, yang wujud ialah perkataan "juga". Pada pendapat saya, pertambahan huruf k itu disesuaikan mengikut sebutan kita atau loghat kita. Perkataan kedua ialah "anda". Kalau semua perasan la apa yang dimaksudkan dengan "anda" dalam ayat tersebut? Macam tidak kena je. Saya rasa dia ingin menulis perkataan "andai" sesuai dengan apa yang ingin disampaikan olehnya tetapi dia tertinggal huruf i. Dan perkataan ketiga ialah "menguris". Kata dasar perkataan ini adalah "guris" dan ia sepatutnya menerima imbuhan awalan meng- bukan men-. Jadi, apabila ia diimbuhkan ia akan menjadi "mengguris".


Situasi 5
Mari beli!! Mari beli!!


Sekarang ni dah ramai orang berniaga....saya je yang tak mulakan perniagaan lagi. Pelajar sendiri pun sibuk berniaga. Ada yang berniaga untuk menambah pendapatan tapi ada juga yang berniaga untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kalau tengok di blok-blok yang ada di kolej Za'ba kecuali blok lelaki sebab saya tak pergi ke situ....di bawah tangga terutamanya mesti ada benda yang diletakkan di situ. Pelbagai jenis makanan dan minuman....ada juga yang menjual tudung dan minyak wangi. Sebenarnya perkara seperti ini menarik perhatian saya untuk mencari kesalahan bahasa supaya saya boleh ceritakan dalam blog sosio. Selalunya iklan-iklan jualan ni mengandung banyak kesalahan bahasa. Contohnya seperti gambar-gambar ini....






Penggunaan bahasa yang campur-campur, ada Bahasa Melayu ada Bahasa Inggeris. Terdapat juga ayat yang tidak dilengkapi dengan tanda baca noktah...ayat hanya menggunakan tanda baca koma. Kesalahan ini sering sahaja berlaku...di mana-mana sekalipun. Kita sebenarnya boleh cuba menggunakan bahasa Melayu baku dalam penulisan.


No comments:

Post a Comment