MINGGU 3

Situasi 1
Join la Kelab Teater



Mesti ramai kan yang suka berteater ni....masuk kelab teater, pergi tengok teater...saya tak suka sangat teater ni. Setiap semester ada je persembahan-persembahan drama dan teater yang diadakan di universiti ini. Ini bermakna pelajar-pelajar kat sini bukan sahaja belajar tetapi juga aktif dalam bidang seni. Hari ini saya terima satu helai kertas kecil daripada pelajar, mungkin pelajar kelab teater. Sebenarnya mereka ni nak kempen kelab mereka. Yela, mereka minta saya sertai kelab tu. Apabila saya baca maklumat yang tertulis kat kertas tu, saya perasan ada kesalahan di situ.

"Awak adalah orang yang kami cari"

"Adalah merupakan kata pemeri. Perkataan yang mengikutikata ini bukan kata nama. Seperti ayat di atas, ia menunjukkan penggunaan kata pemeri yang salah. Sepatutnya mereka menggunakan kata pemeri "ialah" kerana perkataan yang mengikutinya ialah kata nama.



Situasi 2
Akhbar percuma 1

Pagi ini saya terlewat untuk ke kelas sosiolinguistik. Sampai je kampus, saya kena tahan dengan "pak guard" la pula. Saya ingatkan kenapa, rupa-rupanya dia nak bagi akhbar. Eh! Dapat akhbar percuma la. Lepas kelas sosio, saya dah tak ada kelas. Jadi, saya pun bacalah akhbar yang saya dapat tu. Kemudian, saya jumpa kesalahan bahasa dalam akhbar tu. Yes! Dapat satu cerita untuk diari minggu ni. Hehehehe....
Kesalahan yang saya dapat dalam akhbar tersebut adalah tentang kata pemeri. Contohnya seperti ayat di bawah:

"Hakikatnya kerjaan hari ini adalah kerjaan yang menjunjung kesejahteraan rakyat yang mana......."



Ceritanya sama seperti situasi 1 di atas, cuma situasinya sahaja yang berbeza. Masih terdapat penggunaan kata pemeri yang salah. Bukan sahaja kertas edaran yang menggunakan kata pemeri yang salah, akhbar juga sering menggunakan kata pemeri yang salah. Pihak akhbar hanya menulis semula apa yang dicakapkan oleh orang yang diwawancara tetapi sepatutnya pihak akhbar menyemak dahulu penggunaan bahasa sebelum dicetak.


Situasi 3
Belajar dialek Kedah



Beberapa hari yang lepas, saya dan beberapa orang kawan pergi ke sebuah sekolah di Batang Kali untuk menjalankan satu kajian tentang pengurusan pembelajaran. Dalam perjalanan ke sana, kami berbual-bual di dalam kereta. Pada masa yang sama, saya berasa sakit perut. Dan saya tercakap "sekok perut" dalam loghat Kelantan. Lepas tu, kawan saya dari Kedah menyampuk dan menjawab "sengkak perut". Saya tanya dia apa tu "sengkak". Dia cakap sakit perut la. "Sekok" atau "sengkak" ni dalam Bahasa Melayu nya ialah senak. Menurut Kamus Dewan, senak bermaksud berasa sesak di dalam perut. Kadang-kadang mungkin disebabkan oleh kita makan terlalu banyak atau terlalu kenyang. Adoi!!! Sengkak perut masih belum hilang la.......hahahaha



Situasi 4
Akhbar percuma 2

Hari ini saya mendapat akhbar percuma lagi. Alhamdulilah, saya tak perlu beli surat khabar hari ni. Hari ni (Jumaat), kelas sosiolinguistik ditiadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan berkumpulan. Sambil menunggu kawan-kawan saya datang, saya membaca akhbar. Mula-mula saya akan baca tajuk muka surat demi muka surat. Saya perasan tajuk-tajuk dalam akhbar ini tidak dinyatakan dalam ayat yang lengkap. Contohnya saya ambil tajuk "Warga emas, cucu tangkap buaya".


Ayat ini biasa sahaja dan mudah difahami tetapi tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Kita boleh tulis "Warga emas dan cucu menangkap buaya". Begitu juga dengan contoh ini, "Jumlah calon SPM dapat semua A meningkat".



Bagi saya, kita boleh tulis "Jumlah calon SPM yang mendapat semua A meningkat". Jadi, daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam akhbar ini, saya dapat simpulkan bahawa akhbar tidak selalu menggunakan ayat yang lengkap atau gramatis. Apa yang penting bagi pihak tersebut ialah pembaca boleh memahami berita itu. Apapun, saya berasa diri ini beruntung hari ini sebab dapat akhbar percuma dan dapat satu cerita untuk diari sosio.


Situasi 5
Jom jaga kesihatan


Petang ini saya ingin berbicara tentang kesihatan. Kalau kita tengok sekarang ini, ramai yang tidak ambil berat tentang kesihatan diri. Dalam kalangan pelajar sendiri sudah ada yang mendapat penyakit-penyakit kronik. Kadang-kadang kita belajar dan mengulang kaji tanpa menghiraukan kesihatan kita. Kita makan terlalu banyak tetapi kita tidka tahu benda yang kita makan tu elok atau tidak elok untuk kesihatan. Sambil buat tugasan, kita makan makanan ringan sedangkan kita tahu makanan ringan tidak elok untuk kesihatan. Hidup kita sebagai pelajar universiti sangat sibuk dengan tugasan, program universiti dan aktiviti kolej sampaikan pada hujung minggu pun kita tidak ada masa untuk bersenam. Jangan risau! Kita boleh buat senaman ringan kat rumah.

Mengikut akhbar percuma yang saya dapat hari ini iaitu akhbar Kosmo yang bertarikh 22 Mac, dalam ruangan Pesona, mereka memberitahu tentang kebaikan bersenam selepas makan. Menurutnya, kajian mendapati, berjalan dan melakukan latihan rintangan ringan selama satu jam selepas makan makanan tinggi lemak boleh mengurangkan trigliserida lemak dalam darah. Bersenam selepas makan lebih baik daripada senaman sebelum makan. Jadi, ayuh pelajar semua kita sama-sama menjaga kesihatan kita. Kita boleh buat senaman seperti berjalan contohnya berjalan ke kelas di kampus baru.



No comments:

Post a Comment