MinGGu 1

Situasi 1
Terima kasih abang


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Kalau kita dapat sesuatu, perkataan inilah yang akan kita ucap. Begitu juga apabila kita disediakan atau diberikan perkhidmatan yang baik. Saya selalu naik bas untuk ke kuliah. Dan sekarang, perkhidmatan bas kitaran yang disediakan oleh UPSI sangat baik dan lebih teratur berbanding perkhidmatan yang sebelum ini. Setipa kali turun bas, saya akan ucap 'terima kasih' kepada abang pemandu.... :) Terima kasih abang!

Pada pendapat saya, mengucapkan terima ksih kepada orang lain untuk sesuatu yang kita peroleh dapat menjauhkan diri kita daripada sifat sombong. Orang lain pun sangat menyenangi kita. Ucapan terima kasih ini tidak susah untuk diungkapkan. Dua perkataan ini juga boleh menunjukkan keperibadian kita.



Situasi 2
Meriahnya Hari Terbuka KAB!



Sekarang ini berlangsungnya Hari Terbuka KAB. Apa lagi...jangan lepaskan peluang ini! Hehehe...saya ronda-ronda di gerai-gerai yang ada tapi tak beli apa-apa pun, cuci mata sahaja. Banyak juga barang yang dijual terutamanya pakaian dan aksesori wanita. Wah!!! Memang tertarik sangat-sangat tapi sabar. Apa yang saya nak ceritakan kali ini adalah tentang jejak kasih. Pernah tengok jejak kasih?? Yang ditayangkan di kaca TV tu, yang orang berjumpa sahabat lama, ahli keluarga yang hilang dan macam-macam lagi. Tapi yang ni bukan macam tu. Di hari Terbuka KAB inilah saya jumpa dengan teman-teman saya masa sekolah dulu. Itulah sebabnya saya kata jejak kasih. Dah lama tak jumpa....yela masing-masing dengan kerja masing-masing dan kami bukannya tinggal di kolej yang sama. Program-program macam ni lah yang dapat menemukan kami kembali. Apa lagi....dah jumpa geng...mula-mula salam dulu, lepas tu peluk-peluk (semuanya perempuan), lepas tu borak-borak...

Kawan A: Eh gano cito loni?
Kawan B: Bereh jah kito. Ado la sibuk sikit. Yo gano? Dengar kato ado oghe baru. Jolo ko?
Kawan A: Eh tak dok la. Sapo oyak?
Kawan C: Beli gapo ni? Banyok napok.
Kawan B: Tak dok la. Beli kain tudung jah.

Itulah yang berlaku pada hari tu. Biasa la kalau dah jumpa teman lama mesti soalan ini yang ditanya 'Ado oghe baru ko?' Tapi bukan itu persoalan yang hendak saya nyatakan di sini.Apa yang hendak saya katakan adalah tentang loghat atau dialek. Apabila saya bertemu dengan teman-teman dari Kelantan sudah tentu saya akan bercakap dalam loghat Kelantan. Walaupun saya sekarang berada di Tanjung Malim, saya masih akan bercakap dalam loghat Kelantan dengan teman senegeri saya. Saya rasa pelajar-pelajar dari negeri lain pun sama. Contohnya pelajar Sabah, Sarawak, Kedah, Terengganu dan lain-lain. Mereka akan bercakap dalam loghat mereka masing-masing dengan kawan-kawan senegeri mereka.



Situasi 3
Budi Bahasa Budaya Kita.


Alhamdulilah....perkhidmatan bas kitaran di UPSI kini lebih baik daripada sebelumnya. Mana tidaknya, pemandunya lebih baik, sopan, berbudi bahasa dan berdisiplin. Basnya pula lebih selesa. Terima kasih kepada Kiffah Travel kerana sudi bersama kami di UPSI. Pemandu bas kali ini sangat baik dan tidak marah pelajar sesuka hati. Saya pernah terdengar pemandu bas meminta maaf kepada seorang pelajar kerana salah parking bas. Bas tu sepatutnya berada di perhentian KAB di Pintu Timur tetapi pemandu tu parking di perhentian Taman Bahtera. Ada seorang pelajar naik bas tersebut.

Pelajar: Pak cik, bas ni pergi ke mana?
Pemandu: KAB dik.

Pelajar tu terus turun. Dia ingatkan bas tu akan ke Taman Bahtera. Jadi, pemandu tu pun minta maaf. Pemandu tu merendah diri pula. Dia menjawab soalan pelajar dengan sopan dan tidak marah-marah. Itulah sebabnya saya kata pemandu bas kali ni baik. Ada juga pemandu bas yang memberi salam apabila pelajar menaiki basnya.

Itulah yang sepatutnya kita amalkan terutama sekali kepada pemandu bas. Seharian dia membawa kita ke hulu ke hilir. Memang betul dia dibayar gaji tetapi sekurang-kurangnya kita berilah dia penghargaan, cukuplah sekadar ucapan terima kasih dan senyum. Berbudi bahasalah dengan orang lain. Apabila kita buat slaah, kita mestilah minta maaf. Apabila kita memperoleh sesuatu, kita mestilah mengucapkan terima kasih. Apabila kita berjumpa dengan seseorang, berilah salam, tegur dan senyum.








Situasi 4
Cenggitu cenggini???





Cenggitu cenggini. Apa tu?? Saya tak pernah dengar perkataan ini sebelum ni sehinggalah pada hari Selasa lepas. Masa tu dalam kelas Pengurusan Pembelajaran (2P). Kawan sekelas saya, dia menampilkan diri ke hadapan dan membentangkan sesuatu. Saya terdengar dia menyebut cenggitu cenggini. Itulah kali pertama saya dengar dua perkataan ni. Saya cuba faham sendiri apakah makna dua istilah ni. Dan akhirnya saya faham. Cenggitu merujuk kepada 'macam itu' manakala cenggini pula merujuk kepada'macam ini'. Kenapa la mereka guna istilah yang pelik-pelik. Yang biasa saya dengar 'camtu camni'.Sekarang ni dah jadi lain pula. Rupa-rupanya kita ni boleh membina istilah yang baharu tapi yang pastinya istilah ini tidak boleh dikamuskan. Istilah-istilah macam ni boleh digunakan dalam komunikasi kita dengan kawan-kawan dan ahli kelaurga sahaja, dalam situasi yang tidak formal. Saya berharap tidak akan timbul lagi istilah-istilah yang pelik terutamanya dalam kalangan pelajar.


Situasi 5
Bermuka buku.




Sekarang saya sedang bermuka buku atau dalam bahasa Inggerisnya Facebook, sambil menyiapkan tugasan blog sosiolingistik. Macam biasa saya buat, saya tengok makluman, tinjau semua kumpulan yang ada, tengok maklumat yang disampaikan oleh kawan-kawan. Sambil tengok semua tu, saya berhenati sekejap kat status kawan saya. Saya tertarik dengan ayat dia. Bunyinya macam ni 'nk p shopping guna baucer buku jap dengan  abah'. Walaupun ayat dia macam ni kita masih boleh faham maknanya. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah penggunaan bahasa yang campur-campur dalam pertuturan kita seharian.Seperti ayat ini, dia dah mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris contohnya shopping. Kalau ikutkan yang betul kita boleh guna perkataan membeli-belah. Dia juga menggunakan singkatan seperti nak. 

Lepas tu kat bawah ada pula orang komen. Ayat dia macam ni 'untong la bleh p shopping'. 'Untong?' Inilah kesalahan ejaan yang kadang-kadang kita buat tak endah je. Sepatutnya perkataan tersebut dieja 'untung'.

Sebenarnya, inilah realiti yang berlaku dalam hidup kita. Kita sudah terbiasa menggunakan pelbagai bahasa dalam komunikasi seharian kita. Nasib baik kita tahu dua jenis bahasa je. Kalau kita tahu tiga empat bahasa, semuanya kita guna sekali. Perkara inilah yang menyebabakan Bahasa Melayu kita semakin dipinggir. Martabatkan Bahasa Melayu!

1 comment: